Assalamualaikum..kt sinie aku nk ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..Walaupun ianya sudah hampir 2 minggu berlalu,ianya tidak lambat utk aku ucapkan utk kwn2,ckg2 aku..Korang sume pose leklok yer..jgn pose yang2 yok pg2 bukak periuk..hik3..Kt sinie gak aku nk terangakan maksud puasa,hikmat,bende2 yang membatalkan puasa dan len2..ade yg kate mksud puasa tidak makan,minum ataw mlakukn perkara2 yg membatalkan puasa drpd terbit fajar hingga terbenam matehari..
x slh tp itu hanya dari sudut fekah yg kita baca.ttpi jwpan itu dri segi syariat saja bukan dri sudut tarikat,hakikat & makrifat...,erti puasa @ ramadhan juga bermaksud "berjihad" dri sudut mna korang nk faham & nampak dlm makna td..,brjihad disini ada 2 pekara iaitu berjihad zahir(luaran) & batin(dlaman).
ok sbgi contoh brjihad zahir,kita d tuntut bersungguh2 mengerjakan amal ibadat d sepanjang bulan tersebut contohny d tuntut(suruh) bnyk membaca quran/mentelaah quran,solat2 sunat,tahjud(solat tgh mlm),berzikir,tarawih,qiaimulai,prbnykn bersedekah,menuntut ilmu & bnyk lg adakh adik nmpak begitu susahnya,peritnya,sukarny & brmcm-mcm lg kepayhan2 yg adik hadapi ketika brada d bulan ramadhan..?tp itu lh yg d tuntut/suruh@ arah oleh ALLAH s.w.t & nabi mohd s.a.w ketika brada d bulan yg mulia tersebut.hya org2 yg benar2 beriman,kuat kesabaran nya,tekun serta cenderung sahaj yg mampu melaksanakan arahan2 tersebut,itu baru dri segi zahir(luaran)..? jihad dri segi batin pula korang kena menahan diri drpd hawa nafsu contohny nafsu nk mkan/minum,syahwat,amarah,dengki,lidah,telinga,tgn
,mulut,akal, pendek kata adik kena jga sejuzuk(dri hujung rambut hgga hujung kaki) badan korang.stiap pergerakan korang,perckpan korang,perilaku,keikhlasan & kejiwaan korang semuanya nk kena dlm keadaan berjga-jga sentiasa sbb tu la dlm sebuah hadis nabi ada menyebut "umat ku pada akhir zaman nanti ramai berpuasa tetapi hanya mendapat lapar & dahaga saja."
jadi teranglah dgn hadis td ramai yg berpuasa ttpi hanya dpt lapar & dahaga sja.
ok kesimpulan nya kesemua huraian abg td jwpan nya ialah puasa bukan sja menahan diri dri lapar/dahaga ttpi lebih dri membwa kearah berjihad menentang "Hawa Nafsu".
Twu x prkare yg mmbatalkn pose?k bior aku bg thu ok 1.makan @ minum dgn sengja 2.muntah dgn senjga 3.berstubun dgn sengja 4.keluar darah hadid @ nifas bg wanita 5.memandang sesuatu sehingga menimbulkan nafsu syawat seperti tgk iklan ayam goreng kfc,iklan produk air minuman & lain2 ini boleh menyebabkn kita menelan air liur nk makan/minum 6.gila 7.mengucap kata2 yg sia2 seperti menipu,mencarut,maki hamun & lain2 8.mendengar sesuatu yg d benci agama contonya mendengar org mengumpat,menfitnah,7 lain2 9.pergi ke tempat maksiat 10.membuat pekara2 haram spt berjudi & lain2.secara keseluruhan nya ada x kesemua pekara2 td kena pd diri korang sepanjang korang berpuasa?
klw ade,pegi la cepat2 menikmati mkn aym sekarang xkire waktu atw siang/malam..hahaa..k..itu sahaja yang aku nk bg twu..Salam Ramdhan..
Wednesday, September 2, 2009
BuLan RamaDhan Dtg Lg..
Posted by ZaYYaN!_kUcH!2 at 7:00 PM 0 comments
BAHAN MAKLUMAT - Konsep 1 Malaysia
. PENGENALAN
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.
Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara
1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.
Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.
Posted by ZaYYaN!_kUcH!2 at 6:28 PM 0 comments